SIAPAKAH TUAN MOHAMMAD SAHAR MAT DIN? dan apakah nasihat-nasihat beliau?

Tuan Haji Mohammad Sahar Bin Mat Din merupakan CEO kepada sebuah syarikat yang diberi nama Bulatan Mekar SDN BHD dimana syarikat berkenaan telah beroperasi sejak tahun 2000. Berbekalkan MISI syarikat iaitu ''menjaga, memelihara dan membangunkan harta Allah SWT secara tersusun untuk mendapat keberkatannya', ianya jelas memperlihatkan tentang pembangunannya berteraskan ketakwaan dari yang maha esa. Syarikat Bulatan Mekar ini juga merupakan antara syarikat pemaju perumahan bumiputera yang telah menghasilkan lebih dari 10 projek perumahan sejak ianya beroperasi.

Jika kita kenali dengan lebih rapat CEO syarikat Bulatan Mekar ini, beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri, peramah, suka berkongsi ilmu dan juga komited dalam melakukan sesuatu. Tidak hairanlah pada usia yang begitu muda, beliau sudahpun berjaya dalam bidang hartanah ini.

Sebagai seorang yang meminati dalam bidang hartanah, saya amat tertarik dengan beberapa kata-kata daripada Tuan Sahar itu sendiri, antaranya ialah :

  • Gunalah ilmu yang ada untuk maju ke hadapan
  • Buatlah rangkaian jaringan dengan orang sekeliling kita
  • Dalam melakukan sesuatu perniagaan, ianya lagi mudah dikendalikan dalam lingkungan/radius yang dekat.
  • Jangan mudah berputus asa jika ditimpa musibah, ianya adalah lumrah, lagi-lagi dalam perniagaan (NORMAL)
  • Berfikirlah diluar kotak dalam perniagaan yang dilakukan dan juga apa jenis perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan, lagi-lagi perniagaan jangka panjang.


Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh beliau, especially dalam kehidupan seharian kita.

Peluang dapat berjumpa dengan beliau dan melawat ke tapak-tapak projek beliau merupakan satu pengalaman berharga bagi saya.

* Jika ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan projek perumahan yang beliau usahakan, sila klik disini http://www.bulatanmekar.com.my/







Comments

Popular posts from this blog

PROSES PEMAJUAN PERUMAHAN OLEH PEMAJU: Salkukhairi Abd Sukor