PROSES PEMAJUAN PERUMAHAN OLEH PEMAJU: Salkukhairi Abd Sukor
Saya rasa terpanggil utk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yg tak seberapa ini dgn tn/pn sekalian ttg bagaimanakan proses sesuatu projek perumahan itu di bangunkan. Mungkin boleh menjadi panduan kpd sesiapa yg berminat atau bercadang untuk memulakan langkah menjadi pemaju perumahan. Prosesnya tidak lah payah sangat, hanya perlukan modal dan kesungguhan sahaja. Lebih mudah jika ia dapat dilaksanakan secara collective dlm satu team dikalangan rakan2 profesional di dalam bidang hartanah ini spt kontraktor, arkitek, jurutera, juru ukur, perancang bandar, ajen hartanah berdaftar dll. Dari segi bisnessnya camne nak buat tu, insyaallah kita cerita kemudian ok.Hari ni sy hanya nak cerita ttg proses pembangunan sesuatu projek perumahan shj. Baiklah, secara umumnya terdapat tiga cara yg biasa digunapakai oleh Pemaju utk memajukan sesuatu projek perumahan:- 1. Memajukan tanah milik sendiri, dimana pemaju yg merupakan pemilik berdaftar tanah tersebut memajukan tanah milik mereka sendiri...